Qudwah

Sesungguhnya sebaik baik qudwah adalah Nabi Muhammad SAW. 

Assalamualaikum wbt.
Tika jari membaca posting rakan rakan di wall. Lalu terjumpa text ni. Aku terpikir terkadang Aku bukan lah yang berada dalm bia'h soleh mahupun solehah, tetapi aku mempunyai impian, punya tujuan juga matlamat. (Az Zariyat: 56)

Namun, Dunia Dakwah Dan Tarbiah telah mengajar aku untuk lebih mengenali Allah dan RedhaNya dengan memerlukan imam yang mampu membawa aku ke dalam matlamat yang sama. 

Kisah di bawah diambil dari FB :Kamilah Ramli

Alhamdulillah, aku dinikahi seorang IKHWAH.

Demi Allah,
Aku memilih dan menerimanya kerana dia seorang IKHWAH.
Bukan laki laki biasa berkopiah, lembut lidah mencairkan jiwa sekalian wanita, berserban berjubah memikat hawa,
Bukan juga yg memegang hati aku sebelum masanya.

Tapi dia adalah IKHWAH
Yang beracuankan tarbiyyah, hidup dalam biah solehah,
Yang tidak mengambil 'jalan mudah' merosakkan diri bila sakitnya tekanan perasaan dihadapi,
Yang sentiasa merujuk para masul/naqib juga sahabat ikhwah dalam mencapai keputusan atau dalam maslahah jua musibah.

Sungguh,
Aku tidak terlalu obses menilainya juga tidak terlalu taksub menyanjunginya.
Dia juga seperti kalian manusia biasa yg bernafsu dan berbuat salah,
Sentiasa mendambakan ampunan tuhan utk setiap dosa dan khilaf.
Ada satu kisah yang tidak ingin aku kongsikan bagaimana Allah mengilhamkan aku untuk memilih dan menerima dia setahun yang lalu.
Bilamana aku dilema pilihan orang tua, bilamana berlaku pergolakan rumahtangga orang yang sangat hampir denganku.
Juga 'perasaan' yang tidak pernah wujud terhadap beberapa orang sahabat yang mendekati dan cuba melamarku.

Benar,
Pengalaman kisah hidup mereka yang lebih dewasa perlu dijadikan iktibar dan didikan untuk sebuah baitul muslim impian.
Tidak dilupa bahan bacaan bersyariat berkaitan sebagai panduan.
Belajar dan teruslah belajar memahami alam baru yang bakal ditempuh.
Moga Allah memberkahi dan melimpahkan kasih.

Ya,
Kita tidak akan tahu siapa jodoh kita melainkan kita menikahinya dan hidup bersamanya.
Jika ditakdirkan Allah pasangan tersebut terpaksa berpisah, maka ia bukanlah jodoh (nau'zubillahi minzalik)

Doa yang baik2 dari kalian sangat aku harapkan. Moga dia jodoh yang telah Allah rencanakan untuk aku hingga akhirat dan moga dialah juga sampai syurga hendaknya.

Aamiin Aamiin InshaaAllah ya Rabbal 'Alamin..

#KamilahJibrail

Doakan semuga KamilahJibrail sentiasa berada di dlam lindungan Allah Taala.

Comments