MUHASABAH DIRI

MUHASABAH DIRI

Kawalan kemarahan memerlukan latihan keras mental dan spiritual. Kemarahan kerap yang tidak bertempat akan menyusahkan diri sendiri, malah merosakkan kesihatan dan menyempitkan duniamu. Akibat kemarahan boleh mendorong pembunuhan, kecederaan berat di dalam rumah tangga, tempat kerja, dan di atas jalan raya khususnya.

Sekiranya ingin mengetahui akhlak sebenar seseorang, lihat dia sewaktu dia sangat marah. Sekiranya ingin melihat kehebatan akhlaknya lihat dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca dan membencinya. Sekiranya ingin tahu keadilan minda dan kebaikan pola pemikirannya, lihat cara dia berbincang dengan orang yang berpandangan berbeza dengannya.

Petikan daripada buku
berjudul Ledakan facebook Antara Pahala & Dosa,
karya Zaharuddin Abd Rahman, Ph.D 
terbitan PTS Islamika 2012

Comments