Sabar

Assalamualaikum 
warahmatullahi wabarakatuh.. 
Segala puji bagi Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

al-Fatihah.

Hari ini ana ingin menulis hanya tentang sabar.. haa? kenapa sabar? 

           Ana pun kurang pasti kenapa sabar.. pagi tadi ana selesai menjawab ujian akhir BIOLOGI : CELL,GENES AND DIVERSITY,, masya Allah hanya Allah yang tahu,  Walaupun ana tak dapat menjawab tapi ana penuhi juga ruangannya. Apa kaitan dengan sabar.. Walaupun kita sudah buat yang terbaik tapi ada saja membuatkan hati menjadi resah lalu hilang kebergantungan kita Allah Azza Wajalla, 

Allahu.. Apabila hilangnya kebergantungan itu maka, semakin lunturlah iman. Hanya sedang begitu sahaja iman mudah luntur? ya ini kerana hasutan syaitan, anak iblis laknatullah. Iblis akan sentiasa menghasut anak Adam kerana memang itunya, lalu Kita sebagai anak Adam ini perlu lah berdoa supaya Kita sentiasa dilindungi Allah Subhanallah taala. Ya betul, semua tahu doa itu senjata. Dengarlah antum semua.. permintaa iblis untuk menghasut anak Adam pun Allah kabulkan.. inikan pula kita umat Nabi. 

          Allah telah menyatakan dalam Al- Baqarah (8) 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan bersabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk;"

Allahu kenapa dalam ayat tu "kepada Allah" kenapa tidak lain. Hanya Allah tempat memohon pertolongan dan hanya kepada Allah kita bertawakal. Ujian yang aku hadapi pagi tadi hanyalah ujian duniawi sahaja. DUIT. Berdoa sudah, BerUsaha pun sudah, Ihtihar pun sudah, lalu berserah dan berTawakal sahaja lah pada Allah. Ingat Allah pasti hati akan menjadi tenang. Itulah kehebatan DUIT. mari kita mengejar Duit. Semata Lillahi Taala.

Bagi amat hebat lah seseorang itu apabila mendapat masalah lalu bersyukur dan sejurus mengangkat air solat untuk solat.. Telah pun Allah menyatakan solat itu amat berat untuk dilakukan tetapi tidak untuk orang yang khusyuk,  Masya Allah. segaja puji hanya untuk mu.

Test, final, ujian bagi pelajar sememanag wajib untuk kita jalani supaya berjaya. Tetapi alangkah indahnya jika dilakukan hanya diniatkan kepada Allah. semuanya akan menjadi mudah. sgala perbuatan itu perlulah kerana Allah maka itu akan dikira salah satu ibadah yang kita lakukan..Subhannallah baik sungguh Allah. hanya dengan itu sahaja dapatlah kia peroleh pahala. 


"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan jangan lah kamu menjadi lemah semangat dan hilng kekuatan kamu, dan sabarlah (mengahadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." - Al-'Anfal (3)

Ayat ini memberi aku kekuatan  untuk aku mengaharungi lima paper to let ago. Semuanya subjek killer. Hanya dengan bersabar sahaja dapat menguatkan aku. Alahamdulillah.. Hati ana tenang setelah menulis semua ni.. ana pun tak tahu kenapa.. Masya Allah inilah kekuasaan Allah.. Allah menenangkan hati orang yang mentaddabbur akan ayatNya. 

Cukup sekadarnya untuk tinta ana pada hari ini. Dikesempatan ini marilah kita berdoa untuk saudara kita di Syria, Gaza, Aleppo, dan saudara islam kita di Rohingya. Semoga mereka diberikan kesabaran dalam menempuh dugaan. Sungguh harapan mereka hanya syahid di jalan Allah. Allahu





Comments